Program Satu Tahun Jurusan Perakaunan Kolej Matrikulasi Pahang.

   Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi, pada 30 April 2013 saya telah menamatkan pengajian selama satu tahun di Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) dalam jurusan Perakaunan. Pada 30 April 2013 juga merupakan kertas terakhir saya iaitu Ekonomi. Juga pada 30 April 2013 adalah tarikh perpisahan saya antara rakan-rakan sebilik dan rakan-rakan tutorial dan kuliah. Ya Allah, memang rasa sedih. Tapi, pada masa yang sama sangat gembira sebab dapat 'survive' segala rintangan dalam masa 10 bulan tuu. Pelbagai onak duri yang ada tak kira bersama rakan-rakan sebilik, tutorial dan kuliah. Tak lupa juga dengan pensyarah-pensyarah kesayangan saya dan makcik-makcik cafe. Hihi.

   Okay. Now, meh saya kongsi pasal KMPh. Well, on 28th May 2012 merupakan kali pertama saya menjejak kaki di KMPh. Ya Allah, memang sesak sangat. Biasalah kan, ramai pelajar yang dapat dekat sana. Ada yang dari Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, KL, Johor dan negeri-negeri lain. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Gembira sangat sebab dapat blok dekat dengan perpustakaan! Lagi satu, tingkat satu. Tak perlu nak naik turun tangga banyak-banyak sangat. Hahaha. Kemudian, macam biasa lah, unpack semua barang, kemas-kemas bilik sikit. All those things have be done by my sisters and Ummi. Kbaiz. No no no, it wasn't that I didn't help them. I did help them, of course! Well, masuk-masuk bilik tuu sebuah katil dah ada penghuninya. So, ada lagi 3 kosong lah. Kakak saya suruh amik yang dekat cermin. At first, tak fikir pape pon. Last-last, dengar macam-macam cerita. Hahaha. Tapi, alhamdulillah sepanjang saya belajar dekat KMPh tuu sekali je saya nampak 'kawan' kita. Okay, faham-faham je lah. Bukan nak menakutkan korang semua tapi memang hakikat nya. Kita nie bila datang rumah orang, kena behave lah kan. Lagipon, 'kawan' kita tuu memang wujud sebab 'dorang' pon makhluk Allah. Okay now, sambung balik pasal kemas bilik tuu. Lepas kemas bilik, kami lunch dekat dalam bilik tuu je sebab takde orang kan? Kami-kami je. Lepas tuu, seorang datang bilik A1.T1.08. Oh! Rakan sebilik saya dari Rompin, Pahang. Namanya Nur Rizan binti Ahmad. Hehe. Biasalah, bila jumpa orang kita salam-salam kan? So, salam-salam dan teruskan kemas-kemas barang semua. Lepas dia kemas, dia pon keluar dengan family dia. Kami masih dalam bilik tuu sampai lah orang yang terakhir masuk dalam bilik tuu. Orang terakhir tuu dari Raub, Pahang. Namanya Athirah binti Jamsari. Yang seorang lagi tuu tak kenal lagi ketika tuu. Abah dan Ummi dan semua pon nak balik dah. Well, FYI it was my first time ever stayed in a hostel. Tak pernah duduk asarama, macam nie lah. Sedih tuu sedih but keraskan hati tanak nangis. Nanti family risau. Hahaha.

   Lepas family masing-masing balik, kami pon berkenalan sesama sendiri. Nama apa, panggil apa, dari mana then ---- senyap ----. Hahaha. Saya nie pon jenis peramah sangat bila mula-mula jumpa. So, kami semua pon baca buku peraturan yang diberikan. Acece, memang nerd habis. Bila nak dekat malam macam tuu, rakan sebilik yang kami tak pernah jumpa sejak kami masuk bilik baru jumpa batang hidung dia. So, rakan sebilik saya nie dari Jengka, Pahang dan namanya Nur Atikah Nor 'Azlan. Konklusinya, rakan-rakan sebilik saya tuu dari Pahang semuanya. Aku seorang juga dari Kelantan. Hahaha. Tapi, takpe lah. Memang dah jodoh kami nak jumpa kan? Okay, first week memang minggu orientasi tak kira lah sekolah ke, matrikulasi ke, univeristi pon sama. Alamak, saya dah lupa apa yang kami buat lah. Hahaha. Maafkan saya. Tapi, orientasi kena bangun pukul 3 4 pagi sebab nak berebut bilik air then around 5 dah kena pergi surau. Kemudian, ada games sikit. Ice-breaking dengan kakak-kakak dan abang-abang fasilitator. Explain pasal KMPh and what should we do. Some sort like that. Memang minggu orientasi minggu paling sibuk dan memenatkan. Sangat- sangat. Makan pon tak berapa boleh makan. Everything's new. Jadi, hari sabtu dan ahad tuu kami sebilik berkenalan dan bersiap sedia untuk first lecture and tutorial on Monday. 

   As usual, first week masih dalam keadaan tak berapa nak betul. Kebingungan lagi so saya memang tak fokus lah. Hahaha. First friend that I met is Wan Fatin Izzati binti Wan Kadir. She approached me first. Yes, saya takkan approach orang selagi orang tak approach saya. Memang sombong betul, kan? Hahaha. Tapi, saya cuba untuk approach orang dulu. Jadi mesra alam gittew. Of course! First week dah ada assignments bagai. Bergunung-gunung, ok?! Okay, saya dapat jurusan Sains dekat KMPh nie tapi saya tukar jurusan dalam masa orientasi tuu. Kena jumpa cikgu kaunselor dan Hal Ehwal Pelajar (HEP). Memang complicated but alhamdulillah dapat tukar. Hehe. Oh, yes! Dalam jurusan Perakaunan nie korang will learn 4 subjects. They are Economics, Business Management, Mathematics and Accounting. Then, 4 subjek wajib adalah English, Pendidikan Agama Islam, Ko-Kurikulum dan Kemahiran Dinamika. Seronok sangat, ok?! Serious, tak tipu. Kalau jurusan Sains tuu saya tak pasti pula. Apa yang saya tahu, subjek wajib sama je cuma yang subjek teras tuu yang Sains lah. Jurusan Sains tuu ada 3 bahagian iaitu Modul 1, Modul 2 dan Modul 3. I'm sure all of you are aware about it already. Kan? Hehehe. Ok! Back to the stories, Fatin lah jadi peneman saya sepanjang 2 semesters dekat KMPh. Susah senang, dia lah yang tahu segala-galanya. Alhamdulillah, everything was fine till the end of the day. Saya sayang dia sangat-sangat! Ok ok. Kemudian, sepanjang 2 semesters juga banyak sangat aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Well, now I wanna tell you about my lecturers first. For both semesters, untuk kuliah Perakaunan Puan Azean dan tutorial Encik Azharuddin. Business Managements pula, both semesters untuk tutorial Puan Amirah but untuk kuliah first semester Puan Suraya dan second semester Puan Zuraina. Mathematics for lectures, both semesters Miss Liyana and tutorial first semester Miss Liyana but second semester Puan Zunoraini. Last subject, Economics both semesters for lecture is Miss Hong and tutorial is Encik Zahari. Pensyarah-pensyarah KMPh sangat-sangat baik dan berdedikasi. Everything you wanna know, just go ask them! Mesti dorang bagitau and jawab everything you wanna know. Serious, tak tipu! Tapi, saya tak lah rajin nak ke Kubikel untuk bertanya. Hahaha. Saya terus tanya dorang on the spot. 

   Saya rasa tuu je lah apa yang boleh cerita. Sebenarnya banyak lagi yang nak tulis, tapi tak tahu nak mula dari mana. Datang lah ke KMPh kalau dapat rezeki dekat sini. Hehehe. Seronok sangat! Banyak kenangan-kenangan yang tak dapat dilupakan. Hanya Allah saja yang tahu betapa sayangnya saya kepada mereka-mereka yang memberi pertolongan susah senang saya dekat KMPh. Oh, lupa! Dekat KMPh ada tasik dekat dengan Blok A1 iaitu Blok Sri Lipis. Blok saya lettew. Hahaha. Ok lah, saya cerita sikit. KMPh ada 3 blok. Blok Sri Lipis iaitu A1 dan A2. Blok Sri Pekan iaitu B1 dan B2. Blok Sri Kuantan iaitu C1 dan C2. Blok Sri Pekan tuu untuk blok lelaki je. Yang lain semua perempuan. Setiap blok ada cafe masing-masing. But, saya bagi suggestions bawa makanan letak dalam bilik. In case malas nak turun ke, makanan takde ke. Hahaha. Dekat cafe A memang makanan cepat habis. Tapi, sedap. Jangan risau. Lepas tuu, dekat KMPh ada tasik dan tempat nak joging. Padang ok. Surau ok. Surau dah dibaikpulihkan. So, datang lah ke surau setiap masa. Selesa! Library dekat dengan Blok A. Dewan Kuliah, makmal, bilik-bilik tutorial dekat tengah-tengah KMPh. Ada mini market, student centre. Tempat students lepak dekat situ lah selain daripada kubikel cikgu. Itu je lah. Ada pape nak tanya, boleh leave a comment atau email saya : syiramarzuki@gmail.com Hahaha. Sekian terima kasih. Assalamualaikum! :) 


xoxo, H



Ulasan

Catatan Popular