Master's Interview UiTM

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat petang, semua. Hari nie terdetik dekat hati dan mungkin rajin sikit nak update blog sebab rasanya dah berhabuk dengan sesawang blog aku nie. Jadi, pada petang yang indah lagi nyaman dengan suara Jason Derulo - If I'm Lucky, aku nak bercerita sikit tentang pengalaman aku menghadiri temuduga bagi Program Master's Islamic Banking and Finance (MIBF) AA706 dekat UiTM Shah Alam pada 14 Ogos 2017, pukul 2 petang untuk kemasukan September 2017. At first tak tahu pon dapat emel pasal interview nie. Disebabkan aku apply program nie sama sama dengan kawan, so dia lah yang bagitau pasal interview nie. First dapat tahu pasal interview nie, perasaan tu berdebar debar dan malas malas. Tak tahu kenapa ada perasaan tu, then bagitau dekat family semua dan dorang semua encourage suruh pergi. So, on 12 Ogos 2017 aku pon terus ke KL. Serious, aku memang tak prepare langsung nak pergi interview tu sebab rasa macam tak dapat. Selalunya kalau pergi interview pape, memang tak pernah nak dapat. Tapi, positifkan diri dan mula lah belajar sikit pasal subjek subjek yang pernah belajar dulu. 

On that day around at 2pm, kami pon pergilah ke Arshad Ayub Business School, Bangunan Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Shah Alam. So, mula mula kakak dekat registration tu suruh cari nama dan sign menunjukkan kehadiran kita. Then, terus masuk bilik untuk jawab English Test. English Test tu macam bagi opinion kita tentang article yang dia bagi. Dalam 30mins cemtu, siap lah. Tak perlu jawab banyak banyak, nanti tak cukup masa. After that, kita hantar dokumen yang dia nak dan tunggu giliran untuk temuduga. Perasaan time tu memang berdebar habis. First time weh nak interview, kahkahkah. Faham faham je lah cemana perasaan tu. Tapi, wak lek wak pis cemtu ah. Borak borak dengan kawan kawan sebelah. And it turned out, I was the youngest candidate there. Perasan jadi adik adik kejap, hahaha. Dan mostly ramai yang sambung part time compared to full time. Around satu jam setengah menunggu, sampailah giliran kami. Kami dipanggil 4 orang sekaligus untuk masuk bilik temuduga dan aku termasuk sekali dengan kawan aku tu. Another 2 candidates from other universities.

So, aku merupakan candidate pertama. Duduk duduk je, interviewer tanya "So, tell me why you want to further your study in MIBF?" So, I just answered, "I found MIBF is an interesting course to further as I was taking IBF in my Bachelor's Degree. It is because I got to know how Shariah is applied in Islamic Finance and Banking." Aku jawab selamber jer hahaha. Sebab takkan nak jawab saja nak sambung MIBF kan? Sebab misi utama nak sambung master pon sebab parents suruh sambung, dan aku pon sambung je lah. Macam takde cita cita, kan? Hahaha. Lepas tu, terus jawab soalan cemtu. Sepatutnya perkenalkanlah diri dulu kan? Halamak, teruk betul. Macam takde flow, kahkahkah. Then, interviewer tanya dah habis study ke belum, buat internship dekat mana. Itu je lah. Tak banyak pon dia tanya aku. Dorang banyak tanya candidate lain. Masuk bilik temuduga tu dalam 20mins cemtu jah weh. Aku rasa macam ya Allah ya tuhan, kenapa lah kejap sangat even memang tak nak duk lelama dalam tu. Hahaha. Basically, interviewer tanya pasal kenapa nak sambung dan introduce yourself je. Habis je interview, terus reward self yang tak layak perlu reward pon hahaha. 

On 30 Ogos 2017, keluarlah keputusan samada dapat ke tak sambung master tu. It turned out, aku tak dapat tapi kawan aku dapat. At first, sedih jugak. Tapi, bila fikir fikir balik mungkin jawapan aku jawab time interview tu tak berapa nak meyakinkan interviewer dan mungkin bukan rezeki aku dekat situ. So, takpe lah. Dalam seminggu dua jugak duk fikir nak buat apa lah dah tak dapat sambung master. Nak kerja, takde mood nak kerja lagi. Kahkahkah. Lepas 2 3 hari dapat result tu, lecturer aku dulu pon offer nak jadi student dia ke tak, terus aku tanya lecturer. Even time tanya tu dalam keadaan sedih lagi. Mungkin rezeki aku dekat UMK. Hehehe. Apa salahnya cuba nasib, ada rezeki, ada lah. So, aku pon apply lah Master's lagi sekali dekat UMK. Baru je apply last week hahaha. Ada rezeki, alhamdulillah. Takde, nak buat cemana. Aku masih lagi menunggu jawapan dari UMK. Disebabkan SV aku tu lecturer aku dulu, dia guide satu satu. Dekat situ, aku dah bersyukur dah. So, masa first time jumpa dia, dia explain semua pasal plan dia. And, at that time jugak dia terus bagi assignments. Hahaha. Terkejut jugak tapi alhamdulillah it went well. Today merupakan hari first aku kena present dekat dia. Assignment yang dia bagi tu, kena baca 2 jenis buku research methods dan explain apa yang aku faham. So, aku present apa yang aku faham je lah tadi. At the same time, dia ajar apa yang aku tak faham. Lagi sekali, aku bersyukur dapat SV macam madam.

Ini dah macam lari tajuk jah, tapi nak teruskan jugak. Hahaha. So, before balik tadi madam bagi lagi 2 assignments baru. Kena baca 5 articles dan buat LR Table dan lagi satu buat summary in one paragraph untuk setiap article. So, next week dia nak tengok yang tu dan sambungan chapter 2 untuk research method tu. Aku dah macam eh betul ke nie apa yang aku buat, hahaha. Tapi, selagi kita tak cuba selagi tu kita taktau. So, sekarang aku harap aku dapat buat assignments tu dengan baik. Sebelum balik tadi pon, madam bagitau yang belum dapat offer letter pon dah banyak assignments saya bagi dekat awak. Aku pon senyum je hahaha. Alright, itu je lah setakat nie. Nanti aku sambung lagi. Banyak benda sebenarnya nak menulis even assignments bergunung gunung, hahaha. So, till the next time! 💓

Love, H.


Ulasan

Catatan Popular